Friday, August 5, 2011

Kek Lapis Kami Halal...

Salam sejahtera tuan / puan yang dihormati...

Tentunya anda semua sudah sedia maklum bahawa isu penggunaan bahan haram dalam pembuatan kek lapis kini agak membimbangkan semua pihak, bukan hanya penggemar kek lapis tetapi pembuat kek lapis juga.

Namun, kami ingin memberi jaminan bahawa kek lapis yang kami bekalkan TIDAK MENGANDUNGI bahan terlarang tersebut. Kami juga tidak pernah menggunakan bahan tersebut dalam pembuatan kek lapis kami.

Bahan yang dimaksudkan ialah butter berjenama 'Golden Churn Creamy' yang didakwa mengandungi DNA khinzir.

Untuk pengetahuan anda semua, kek lapis yang kami hasilkan menggunakan butter jenama Golden Fern dan Buttercup sahaja, dan telah disahkan HALAL. Jenama Golden Fern juga digunakan oleh salah sebuah syarikat pembuat kek & roti terbesar di Sarawak iaitu Taka Cake House. Dibawah ialah ulasan syarikat pembuat kek & roti terbesar ini :


Sumber : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/5/sarawak/9238388&sec=sarawak

Jadi, anda tak perlu lagi meragui status kek lapis kami kerana kek lapis kami diperbuat dari bahan yang halal dan masih mengekalkan tradisi kek lapis Sarawak yang unik.