Friday, August 19, 2011

Tempahan Istimewa Hari Raya Aidilfitri

Salam sejahtera tuan / puan yang dihormati.

Sempena perayaan Hari Raya yang bakal tiba, kami di keklapisshop ingin menasihatkan para pelanggan kami agar menempah kek lapis selewat - lewatnya pada 23 Ogos 2011, Selasa.

Ini adalah untuk memastikan agar penghantarannya sampai ke pintu rumah anda sebelum Hari Raya tiba dan juga untuk mengelakkan kelewatan, memandangkan cuti umum selama 3 hari mulai 30 Ogos - 1 September 2011 juga akan tiba.

--------------------------------------------
DISKAUN RAYA!!
--------------------------------------------

Kami turut menawarkan diskaun berikut sempena Hari Raya ini:

Tempahan 5 - 9 kek : Diskaun 7%

Tempahan 10 - 14 kek : Diskaun 10%

Tempahan 15 ke atas : Sila hubungi kami untuk diskaun yang lebih tinggi


Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.

Friday, August 5, 2011

Kek Lapis Kami Halal...

Salam sejahtera tuan / puan yang dihormati...

Tentunya anda semua sudah sedia maklum bahawa isu penggunaan bahan haram dalam pembuatan kek lapis kini agak membimbangkan semua pihak, bukan hanya penggemar kek lapis tetapi pembuat kek lapis juga.

Namun, kami ingin memberi jaminan bahawa kek lapis yang kami bekalkan TIDAK MENGANDUNGI bahan terlarang tersebut. Kami juga tidak pernah menggunakan bahan tersebut dalam pembuatan kek lapis kami.

Bahan yang dimaksudkan ialah butter berjenama 'Golden Churn Creamy' yang didakwa mengandungi DNA khinzir.

Untuk pengetahuan anda semua, kek lapis yang kami hasilkan menggunakan butter jenama Golden Fern dan Buttercup sahaja, dan telah disahkan HALAL. Jenama Golden Fern juga digunakan oleh salah sebuah syarikat pembuat kek & roti terbesar di Sarawak iaitu Taka Cake House. Dibawah ialah ulasan syarikat pembuat kek & roti terbesar ini :


Sumber : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/5/sarawak/9238388&sec=sarawak

Jadi, anda tak perlu lagi meragui status kek lapis kami kerana kek lapis kami diperbuat dari bahan yang halal dan masih mengekalkan tradisi kek lapis Sarawak yang unik.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Ke KekLapisShop...

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Terima kasih kerana sudi melawati kami di KekLapisShop...

Ya, kek lapis Sarawak merupakan salah satu makanan tradisional yang amat digemari oleh masyarakat Malaysia, bukan hanya penduduk Sarawak sahaja tetapi penduduk di negeri - negeri lain juga!

Kini anda juga berpeluang untuk menikmati kelazatan kek tradisi ini tanpa perlu datang ke Sarawak...tetapi, ianya hanya di hujung jari anda sahaja! Anda boleh menikmati kek lapis Sarawak yang asli dengan membuat tempahan secara online sahaja dan kami akan hantar kek tradisi ini ke depan pintu rumah anda.

Kami akan hantarkan kek lapis Sarawak yang asli kepada anda :
  • Dibuat di Sarawak...(dibuat di Kpg Gersik, Kuching - terkenal dengan warisan Melayu Sarawak)
  • Dibuat oleh orang Sarawak...(pembuat kek tradisi yang amat berpengalaman)
  • Dibekalkan oleh orang Sarawak juga...(kami la tu..)
Jadi, tak perlu was - was...kami sememangnya membekalkan kek lapis Sarawak yang TERBAIK serta 100% ASLI!

Untuk melihat sendiri senarai kek - kek lapis Sarawak yang kami tawarkan, sila klik pada menu Senarai Kek & Harga di bahagian atas laman web ini.

Terima kasih dan selamat menjamu selera!

Admin,
KekLapisShop